WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata ditembak oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas beberapa jam di pintu masuk ke ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata FBI pada Isnin lalu.
Pada awalnya, individu yang tidak dikenali itu dilarang memandu melewati pintu ke perkarangan CIA yang luas di luar Washington pada awal pagi Isnin lalu.
Anggota keselamatan dilaporkan cuba berunding dengan individu itu untuk menyerah diri selama beberapa jam.
FBI mengatakan dalam satu kenyataan bahawa individu tersebut keluar dari kenderaannya dengan senjata dan berurusan dengan pegawai penguatkuasa.
“Subjek itu cedera dan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.”
Terdahulu, seorang jurucakap CIA mengatakan bahawa mereka menyedari keadaan di luar kawasan di kompleks itu yang terletak beberapa ratus meter dari bangunan utama agensi itu.
“Kompaun kami tetap selamat dan Pegawai Pelindung Keselamatan kami yang menangani kejadian itu adalah satu-satunya anggota agensi yang terlibat secara langsung,” kata mereka.
Operasi keselamatan di CIA telah ditingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan yang terletak di Langley, Virginia di seberang jalan yang sibuk.
Pada 1993, seorang lelaki Pakistan, Mir Aimal Kansi menembak dua pekerja agensi sehingga maut dan mencederakan tiga yang lain ketika mereka duduk di dalam kereta menunggu di lampu isyarat untuk memasuki perkarangan.
Kansi berjaya melarikan diri kembali ke Pakistan dan hanya ditemui sebelum ditangkap empat tahun kemudian.
Pada masa sama,Kansi diekstradisi (dihantar) ke Amerika Syarikat untuk disabitkan dengan pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati pada 2002. -AFP