Semangat cintakan Sarawak terus diperkasa

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
AGIH… Christopher Jemat Amie mengedarkan bendera Sarawak kepada orang ramai di sekitar Marina dan Coco Cabana, Miri sempena Hari Sarawak bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Bumi Kenyalang.  

MIRI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menyemarakkan sambutan Hari Sarawak dengan mengedarkan bendera Sarawak kepada orang ramai di sekitar Marina dan Coco Cabana di sini sebagai tanda menyemai semangat cintakan negeri.

Ketua AMK Miri, Christopher Jemat Amie berkata, program yang diadakan sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai itu bertujuan menghidupkan suasana perayaan di samping memupuk rasa bangga terhadap identiti, sejarah dan jati diri sebagai rakyat Sarawak.

Menurutnya, sambutan Hari Sarawak bukan sekadar tarikh bersejarah, malah menjadi simbol perpaduan serta kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.

“Sebagai anak muda, kita mempunyai peranan penting untuk memastikan semangat cintakan Sarawak terus hidup dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Justeru, AMK Miri akan terus bersama masyarakat melalui pelbagai program yang dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta kebanggaan sebagai anak Sarawak,” katanya di sini semalam.

Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap komitmen ahli-ahli AMK Miri yang berganding bahu menjayakan program berkenaan.

Katanya, semangat sukarelawan yang ditunjukkan golongan muda membuktikan mereka bersedia tampil ke hadapan, aktif bersama masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan semangat kenegerian.

Beliau pada masa sama mengajak seluruh rakyat Sarawak mengibarkan bendera Sarawak dengan penuh rasa bangga sebagai simbol kecintaan terhadap negeri Bumi Kenyalang sempena sambutan Hari Sarawak.

Oleh Liong Chai Ling

Sifat takabur racun hati yang membinasakan

SIFAT takabur atau sombong merupakan antara penyakit hati yang paling berbahaya dalam Islam. Sifat ini bukan sahaja mencemarkan keperibadian seseorang,