
BINTULU: Beberapa jalan utama di Bintulu akan ditutup sementara pada 23 Julai ini bagi memberi laluan kepada Perarakan Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memaklumkan penutupan separuh jalan itu akan bermula dari 7.00 pagi hingga 9.00 pagi, melibatkan Jalan Keppel, Jalan Abang Galau, Jalan Law Gek Soon dan Jalan Sultan Iskandar.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan menggunakan laluan yang terlibat sepanjang tempoh penutupan.
Orang ramai juga diminta mematuhi papan tanda lalu lintas serta arahan petugas yang ditempatkan di lokasi selain memandu dengan berhati-hati dan sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran jalan.
Penutupan sementara itu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan peserta dan orang awam sepanjang berlangsungnya perarakan sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) turut memohon kerjasama semua pengguna jalan raya dan orang ramai bagi memastikan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan lancar.
Oleh Faizah Muzidi




