Zon larangan dron ditetapkan di kawasan BIKF 2026

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menetapkan kawasan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026 sebagai zon larangan penerbangan dron sepanjang festival berlangsung dari 22 hingga 26 Julai ini bagi memastikan keselamatan, kelancaran acara serta keselesaan semua pengunjung dan peserta.

Menurut notis keselamatan yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), hanya dron rasmi yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dibenarkan beroperasi di kawasan festival.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap aktiviti penerbangan layang-layang, selain mengurangkan risiko yang boleh menjejaskan keselamatan peserta, petugas dan orang ramai.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) turut menggesa semua pengunjung, peserta dan orang awam supaya mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan serta tidak menerbangkan drone tanpa kebenaran di kawasan BIKF 2026.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan penganjuran festival bertaraf antarabangsa itu berjalan lancar, selamat dan teratur.

Oleh Faizah Muzidi