Kelab Lions Sibu Loving Care anjur kempen derma darah esok

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Kelab Lions Sibu Loving Care dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada esok.

Menerusi kenyataan hari ini, program anjuran bersama Bulan Sabit Merah (BSMM) Sibu.

Kempen akan diadakan di bangunan BSMM Sibu di Jalan Awang Ramli Amit, bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Akun Giman