
LONDON: Pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard, melengkapkan perpindahan tetap ke kelab Liga Super Turki, Besiktas, pada Rabu dengan nilai perpindahan yang dilaporkan berjumlah £15.3 juta (AS$21 juta/RM85.5 juta).
Pemain sayap Belgium berusia 31 tahun itu, yang beraksi pada Piala Dunia 2026, menyertai Arsenal daripada Brighton pada Januari 2023.
Sepanjang bersama The Gunners, Trossard membuat 174 penampilan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan 36 gol serta mencipta 34 bantuan gol.
Beliau turut menjadi sebahagian daripada skuad kendalian Mikel Arteta yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu, sekali gus menamatkan penantian lebih dua dekad untuk merangkul kejuaraan liga.
“Semua warga Arsenal ingin mengucapkan terima kasih kepada Leo atas sumbangan berharganya kepada kelab ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau pada masa hadapan,” kata Arsenal dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab. – AFP


