SEBUYAU: Sebanyak 76 bungkusan bubur lambuk dan buah kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Segali pada Ahad.
Pengagihan tersebut telah disempurnakan oleh Saini Busamah mewakili Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau dan yang juga mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.
Program tersebut diadakan secara bergotong-royong untuk memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.
Penduduk setempat juga merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi kerana menyalurkan peruntukan untuk menjalankan program seumpamanya.