Kabel elektrik terbakar

Facebook
WhatsApp
BERBAHAYA… Kabel elektrik yang terbakar di salah sebuah sekolah rendah, malam kelmarin.

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor menerima satu panggilan kecemasan kebakaran kabel elektrik, malam kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin, bertindak atas panggilan kecemasan tersebut, seramai lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian di salah sebuah sekolah rendah.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 9.38 malam.

“Bertindak atas panggilan kecemasan terbabit, pihak bomba bertolak ke lokasi kebakaran kabel elekrik dan tiba di lokasi pada 10.01 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Katanya, setibanya dilokasi, komander operasi, PBK II Abdul Rahman membuat ‘size-up’ untuk memastikan tiada kemerebakan api berlaku sementara menunggu pihak Sarawak Energy untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah pihak Sarawak Energy sampai dengan keanggotaan seramai lima orang, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh