Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong terima menghadap Ahmad Zahid, Onn Hafiz
  • NASIONAL

Agong terima menghadap Ahmad Zahid, Onn Hafiz

Utusan Sarawak 7 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

BN meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan semalam dengan berjaya memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.

Daripada 48 DUN dimenangi oleh BN pada PRN Johor semalam, 36 dimenangi calon-calon UMNO, lapan MCA dan empat MIC.

Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kesemua 56 DUN dipertandingkan hanya memenangi lapan DUN manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas gagal meraih sebarang kemenangan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRN Johor: Pemimpin BN berkumpul di bilik gerakan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.