Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program KRT Sihat tingkat disiplin, kesiapsiagaan anggota SRS
  • Tengah
  • WILAYAH

Program KRT Sihat tingkat disiplin, kesiapsiagaan anggota SRS

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama para peserta. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Gerak Kerja KRT Sihat: Senam Sihat dan Latihan Asas Kawad yang menghimpunkan 19 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Meradong menjadi platform memperkukuh disiplin, meningkatkan kesiapsiagaan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama KRT Daerah Meradong bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah memperkasakan peranan KRT sebagai penggerak perpaduan masyarakat.

“Saya difahamkan program ini melibatkan penyertaan 19 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Meradong.

“Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan KRT baharu iaitu KRT Kampung Malaysia yang merupakan pengelola program.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua KRT dan kakitangan Klinik Kesihatan dalam menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penangguhan Program Gerak Kerja KRT Sihat: Senam Sihat dan Latihan Asas Kawad KRT Daerah Meradong 2026 di Dewan Masyarakat Meradong, semalam.

Katanya, aktiviti senam sihat dan latihan asas kawad memberi pendedahan kepada anggota SRS untuk meningkatkan disiplin, semangat berpasukan dan kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan komuniti.

“Saya berharap kesemua 11 SRS di Daerah Meradong akan terus bergerak aktif dalam membantu mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada gejala sosial.

“KRT turut berperanan sebagai platform yang menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

Beliau berharap semua KRT di Daerah Meradong akan terus proaktif menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama dalam komuniti.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan peruntukan RM1,000 kepada setiap 19 KRT yang menyertai program, RM2,000 kepada pihak pengelola, RM5,000 kepada Jabatan Perpaduan Bahagian Sarikei dan RM3,000 kepada Klinik Kesihatan Bintangor sebagai sokongan terhadap penganjuran program kemasyarakatan.

Turut hadir Pengerusi Pengelola Bersama Program Gerak Kerja KRT Sihat: Senam Sihat dan Latihan Asas Kawad KRT Daerah Meradong 2026, Ebni Seli dan Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei, Erma Farida Yusuf.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pengakap Berasaskan Komuniti pacu pembangunan belia di Sarawak
Next: Kanak-kanak dirujuk ke Hospital Sarikei selepas mata pancing tertusuk jari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.