Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas pemilik, pengerusi Chelsea Ken Bates meninggal dunia pada usia 94 tahun
  • GLOBAL

Bekas pemilik, pengerusi Chelsea Ken Bates meninggal dunia pada usia 94 tahun

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEKAS pemilik dan pengerusi Chelsea, Ken Bates.

LONDON: Bekas pemilik dan pengerusi Chelsea, Ken Bates, meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor PA Media/dpa.

Bates mencipta sejarah apabila membeli Chelsea pada harga hanya satu pound pada 1982 dan menjadi pengerusi ketiga paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab itu, dengan memegang jawatan berkenaan selama 22 tahun.

Beliau membawa The Blues muncul sebagai antara pasukan teratas Liga Perdana Inggeris sebelum menjual kelab itu kepada Roman Abramovich pada 2003 dan kemudian mengambil alih Leeds United pada 2005.

Chelsea dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya berkata: “Dengan penuh dukacita kami mengumumkan pemergian Ken Bates, bekas pemilik dan pengerusi Chelsea Football Club. Kelab merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada isteri beliau, Suzannah, serta seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

“Keazaman Ken mempertahankan Chelsea ketika berdepan saat-saat sukar dan memacu pasukan meraih pelbagai kejuaraan tidak akan dilupakan.” – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemain tengah Afrika Selatan Jayden Adams meninggal dunia pada usia 25 tahun
Next: Gelombang haba paksa Menara Eiffel, muzium di Paris tutup lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.