Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan kuat landa Okinawa, 5 cedera
  • GLOBAL

Taufan kuat landa Okinawa, 5 cedera

Utusan Sarawak 14 hours ago
KEADAAN angin kencang dan hujan lebat yang melanda Miyakojima, Okinawa susulan Taufan Bavi. Foto agensi.

TOKYO: Taufan kuat melanda wilayah Okinawa di selatan Jepun hari ini, membawa angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan beberapa penduduk cedera, lapor Berita Kyodo.

Taufan Bavi membawa angin kencang berkelajuan sehingga 144 kilometer sejam merentasi Pulau Miyako, di Okinawa, menurut Agensi Meteorologi Jepun. Setakat ini, lima orang mengalami cedera ringan akibat angin kencang dan ombak besar, menurut kerajaan wilayah berkenaan.

Japan Airlines Co. dan All Nippon Airways Co. telah melaporkan pembatalan penerbangan ke dan dari Okinawa serta Wilayah Amami di Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun.

Taufan kesembilan bagi musim ini telah bergerak meninggalkan Jepun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Taufan Bavi landa Taiwan, kerja, kelas ditangguhkan
Next: FIFA jual kepingan rumput padang perlawanan akhir Piala Dunia pada harga AS$445 setiap satu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.