Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 terbunuh dalam nahas pesawat kecil
  • GLOBAL

10 terbunuh dalam nahas pesawat kecil

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN sebuah pesawat kecil milik Flamingo Air terhempas. Foto agensi.

NASSAU: Sepuluh orang maut apabila sebuah pesawat kecil milik Flamingo Air terhempas di Andros Utara, barat ibu kota Bahamian Nassau, pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pada sidang media, Pesuruhjaya Polis Bahamian Shanta Knowles berkata, pesawat itu membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang.

Anggota penyelamat pada mulanya menemui seorang mangsa yang menunjukkan tanda masih hidup di lokasi nahas, namun individu itu kemudian disahkan meninggal dunia.

Beliau menambah penyiasat polis dihantar ke Pulau Andros dan telah mula menyiasat kemalangan itu.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Penyiasatan Kemalangan Pesawat Bahamas berkata maklumat awal menunjukkan kapal terbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lynden Pindling.

Pesawat tersebut dalam perjalanan ke Lapangan Terbang San Andros apabila menghadapi kesukaran sebelum mendarat dan merempuh semak.

Bahamas, terletak di barat Lautan Atlantik di utara Laut Caribbean, terdiri daripada lebih 700 pulau dan lebih 2,400 pulau kecil. Pesawat kecil ialah pengangkutan utama antara pulau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Norway kekurangan skrin besar untuk tayangan suku akhir Piala Dunia
Next: Taufan Bavi landa Taiwan, kerja, kelas ditangguhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.