
HAMILTON, (Kanada): FIFA menawarkan peluang kepada peminat untuk memiliki sebahagian daripada sejarah bola sepak dunia dengan menjual kepingan tulen permukaan padang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menerusi kedai dalam talian rasminya, lapor Anadolu Ajansi.
Produk bernama “FIFA World Cup 2026 Piece of the Pitch – Foundation Edition” itu dijual pada harga AS$450 dan akan mengandungi cebisan asal padang perlawanan akhir yang ikonik di stadium di New Jersey berdekatan New York, yang diawet secara kekal dalam bekas paparan akrilik premium bersama memori USB.
“Setiap bahagian mengandungi kepingan asal permukaan padang perlawanan akhir yang ikonik, menjadikannya barangan koleksi unik yang meraikan salah satu acara sukan terbesar di dunia,” menurut FIFA dalam penerangan produk tersebut.
USB akrilik itu turut disertakan dengan filem pengesahan ketulenan, manakala barangan koleksi tersebut dibungkus dalam kotak berengsel premium dengan perincian kesan kilat, serta disasarkan kepada pengumpul, peminat dan pencinta sukan bola sepak.- Bernama-Anadolu