Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran lima gudang Demak Laut: Bomba jalankan operasi ‘overhaul’ padam sisa api
  • KEBAKARAN

Kebakaran lima gudang Demak Laut: Bomba jalankan operasi ‘overhaul’ padam sisa api

Utusan Sarawak 16 hours ago
SISA api masih aktif di beberapa bahagian gudang terbakar ketika pasukan bomba menjalankan kerja pemadaman akhir.

PETRA JAYA: Operasi pemadaman kebakaran membabitkan lima gudang di Taman Perindustrian Demak Laut di sini masih diteruskan pagi ini dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.23 tengah hari, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi pada 12.38 tengah hari.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan lima gudang berstruktur kekal dengan keluasan kira-kira 20 meter x 30 meter kaki persegi setiap satu, termasuk empat gudang yang mempunyai struktur bersambung.

“Pemeriksaan awal mendapati kebakaran bermula di Gudang 1 yang merupakan stor penyimpanan bahan pembuatan aiskrim sebelum merebak ke Gudang 2 yang menyimpan produk makanan, Gudang 3 penyimpanan baja, Gudang 4 penyimpanan pencair cat serta Gudang 5 yang merupakan gudang logistik.

“Operasi berjaya dikawal pada 3.54 petang, namun kerja-kerja pemadaman diteruskan bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat,” katanya.

Berdasarkan laporan terkini, empat daripada lima gudang terbakar merupakan struktur yang bersambung, manakala sebuah lagi berada berhampiran kawasan kebakaran.

Kebakaran menyebabkan Gudang 1 milik Tristan Bong Guan Ming/Ai-Cha, Gudang 3 milik K.S.C Lee Enterprise dan Gudang 4 milik Mendiya Trch Sdn Bhd musnah sepenuhnya.

Sementara itu, Gudang 2 milik SM Qlasixco mengalami kemusnahan kira-kira 40 peratus, manakala Gudang 5 milik Kilang Jipun Logistics Sdn Bhd mengalami kerosakan sekitar 10 peratus.

Sehingga 10.00 pagi hari ini, pasukan bomba masih menjalankan tindakan overhaul di kawasan yang masih mengeluarkan asap bagi memadam sisa-sisa api.

Operasi melibatkan kekuatan 52 anggota daripada BBP Tabuan Jaya sebagai balai utama dengan bantuan BBP Petra Jaya, BBP Batu Lintang, BBP Padungan serta lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako.

Sebanyak empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah lori tangki air dan sebuah jentera tangga udara (ALP) digunakan sepanjang operasi.

Turut berada di lokasi ialah wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Energy Berhad.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran kereta di Jalan Tulai berjaya dipadam tanpa libatkan mangsa
Next: Kebakaran Demak Laut: Sisa api di dua gudang berjaya dipadam sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.