Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran kereta di Jalan Tulai berjaya dipadam tanpa libatkan mangsa
  • KEBAKARAN

Kebakaran kereta di Jalan Tulai berjaya dipadam tanpa libatkan mangsa

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta jenis Hyundai Accent di Jalan Tulai. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang terbakar di hadapan sebuah rumah di Jalan Tulai berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 1.56 pagi semalam sebelum sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Jais Ahad bersama lima anggota bomba bermula 2.20 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang tersadai di hadapan sebuah rumah tanpa penghuni.

“Anggota bomba yang lengkap memakai pakaian perlindung diri (PPE) dan alat pernafasan segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, api berjaya dikawal pada 2.40 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian.

“Selepas memastikan tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula, pasukan bomba menamatkan operasi pada 2.50 pagi.

“Alhamdulillah, insiden ini tidak melibatkan mangsa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran gudang di Demak Laut: Operasi masuk fasa pemadaman akhir
Next: Kebakaran lima gudang Demak Laut: Bomba jalankan operasi ‘overhaul’ padam sisa api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.