Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sibu diangkat sebagai bandar pintar rendah karbon
  • TEMPATAN

Sibu diangkat sebagai bandar pintar rendah karbon

Utusan Sarawak 5 hours ago
TEMENGGONG Dato Sri Wan Hamid Edruce (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tanda penghargaan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Hotel Kingwood di sini, hari ini.

SIBU: Sibu bakal melalui fasa pembangunan baharu apabila Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mentransformasikan bandar itu sebagai bandar pintar rendah karbon yang menjadi nadi pembangunan di wilayah tengah Sarawak.

Menurut beliau, perubahan landskap ekonomi dunia menuntut Sibu meninggalkan kebergantungan kepada industri perkayuan dan beralih kepada ekonomi berasaskan teknologi, inovasi serta pembangunan mampan.

“Kita perlu membangunkan semula Sibu dengan pendekatan baharu. Sibu mesti distruktur semula dan dibangunkan sebagai bandar pintar rendah karbon di tengah Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Hotel Kingwood di sini, malam ini.

Beliau berkata, antara perancangan utama ialah pembangunan semula Tebingan Sungai Sibu yang memerlukan pelaburan besar daripada kerajaan negeri apabila hasil negeri terus meningkat pada masa hadapan.

Katanya, pembangunan Sibu akan diterajui menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) dengan sokongan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RDDA), bagi memastikan potensi ekonomi wilayah dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Abang Johari berkata, model pembangunan Sarawak kini memberi penekanan kepada pemuliharaan hutan, penanaman semula pokok dan perdagangan karbon yang mampu menjadi sumber ekonomi baharu sejajar dengan peralihan global ke arah ekonomi rendah karbon.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan masa depan Sibu turut dipacu oleh pendigitalan dan teknologi, termasuk penggunaan transaksi tanpa tunai menerusi platform pembayaran digital S Pay Global dalam pelaksanaan Skim Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Beliau turut menggesa pemimpin masyarakat supaya memahami dasar kerajaan serta menjelaskannya kepada rakyat agar mereka bersedia menghadapi perubahan ekonomi dan memanfaatkan peluang yang diwujudkan.

Menurut beliau lagi, kedudukan kewangan Sarawak yang semakin kukuh membolehkan kerajaan negeri melaksanakan lebih banyak projek pembangunan, termasuk rangkaian jalan baharu yang menghubungkan Kuching, Sri Aman, Betong dan Sibu, sekali gus mengukuhkan peranan Sibu sebagai hab ekonomi strategik di wilayah tengah negeri ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKKK Rumah Panjang Uma Daro harum nama Sarawak, raih anugerah peringkat kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.