Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat jam berlawan api, bomba masih giat memadam kebakaran kilang Demak Laut
  • KEBAKARAN

Empat jam berlawan api, bomba masih giat memadam kebakaran kilang Demak Laut

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Pengarah Bomba Sarawak, Tiong Ling Hii ketika ditemu ramah di kawasan kejadian pada petang ini.

PETRA JAYA: Operasi pemadaman kebakaran membabitkan lima premis di kawasan perindustrian Demak Laut di sini masih diteruskan selepas lebih empat jam, susulan kebakaran yang melibatkan sebuah kilang aiskrim sebelum merebak ke bangunan bersebelahan.

Timbalan Pengarah Bomba Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.23 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.

Beliau berkata, pada peringkat awal, kebakaran dilaporkan berlaku di kilang AI-CHA Food MY (EM) Sdn Bhd sebelum merebak ke beberapa premis berhampiran susulan faktor tekanan air rendah dan keadaan angin yang kuat.

BOMBA mengunakan jentera tangga udara untuk mengawal api yang marak.

“Apabila kita tiba di lokasi, kebakaran telah merebak ke kilang bersebelahan yang menyimpan bahan-bahan mudah terbakar termasuk bahan pencair (thinner).

“Bagi mengawal keadaan, kita mendapatkan bantuan daripada beberapa balai lain termasuk BBP Petra Jaya, BBP Batu Lintang dan BBP Padungan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, seramai 68 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman dengan sokongan beberapa jentera termasuk lori tangki air bagi memastikan bekalan air mencukupi.

MESKIPUN api berjaya dikawal, operasi memadam sisa kebakaran dijangka berlarutan antara empat hingga lima jam lagi berikutan masih terdapat banyak bahan kimia yang mudah terbakar.

Katanya, pasukan bomba turut menggunakan jentera tangga udara bagi menjalankan serangan pemadaman dari bahagian atas berikutan kebakaran melibatkan premis yang menyimpan bahan kimia dan thinner.

“Operasi berjaya dikawal pada 3.48 petang apabila api tidak lagi merebak ke premis lain, namun kerja-kerja pemadaman masih diteruskan kerana terdapat bahan mudah terbakar yang masih berada dalam dua kilang terlibat.

“Berdasarkan penilaian semasa, operasi mungkin mengambil masa antara empat hingga lima jam lagi,” katanya.

Beliau berkata, daripada lima premis yang terlibat, tiga daripadanya mengalami kemusnahan 100 peratus, manakala sebuah premis terbakar kira-kira 30 peratus dan satu lagi sekitar 10 peratus.

Tambahnya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan, manakala semua pekerja sempat menyelamatkan diri namun tidak sempat menyelamatkan barangan milik mereka.

KEBAKARAN KILANG… Gambar dari udara menunjukkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjalankan operasi memadam kebakaran yang memusnahkan beberapa premis kilang di Demak Laut

Dalam pada itu, beliau berkata pihak bomba telah menghubungi Lembaga Air Kuching bagi membantu meningkatkan tekanan bekalan air di kawasan berkenaan yang berdepan permintaan tinggi susulan kawasan tersebut dipenuhi premis industri.

Katanya, pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut berada dalam keadaan siap siaga memandangkan kebakaran melibatkan bahan kimia, namun jenis bahan selain thinner masih belum dapat disahkan dan menunggu maklumat daripada pemilik premis.

Siasatan lanjut mengenai punca kebakaran serta jumlah kerugian akan dijalankan selepas operasi pemadaman selesai sepenuhnya.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran kilang aiskrim cetus operasi besar bomba di Demak Laut
Next: Kebakaran gudang di Demak Laut: Operasi masuk fasa pemadaman akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.