Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga hadapi PRN-13
  • TEMPATAN

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga hadapi PRN-13

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PBB Sarawak di Jalan Bako hari ini.

PETRA JAYA: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak memperhebat kesiapsiagaan jentera di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 Sarawak yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha memperkukuh jentera pilihan raya menjadi antara fokus utama Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB Bil. 2/2026 berlangsung hari ini.

Menurut beliau, setiap cawangan dan ranting akan terus memperkemas gerak kerja serta pembahagian tugas bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Kita perlu bersedia walaupun tidak mengetahui tarikh pilihan raya kerana penggal DUN akan berakhir pada Februari 2027 dan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa.

HADIR… Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Sarawak menghadiri mesyuarat Bil.2/2026 di bilik persidangan PBB Sarawak hari ini.

“Sebagai jentera parti yang sentiasa aktif di lapangan, persiapan mestilah mantap dan berterusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Fatimah turut memuji komitmen anggota wanita PBB yang terus aktif melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim pilihan raya.

Beliau berkata, pertambahan pengundi baharu susulan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik menjadi cabaran utama yang perlu ditangani menerusi usaha mengenal pasti dan mendekati pengundi, khususnya golongan muda.

Pada masa sama, beliau menegaskan hasrat untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang bertanding pada PRN akan datang, namun pemilihan calon tetap berasaskan prinsip meritokrasi serta kebolehmenangan.

Sehingga 8 Julai lalu, keahlian Wanita PBB telah meningkat kepada 182,773 ahli, manakala jumlah keseluruhan ahli PBB kini mencecah kira-kira 398,000 orang.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa rayu bantuan kesan anak perempuan hilang hampir tiga bulan
Next: Abang Johari tunai solat Jumaat bersama 3,000 jemaah di Masjid An-Nur Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.