Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lapar punca wanita curi cermin mata, dipenjara dua minggu
  • MAHKAMAH

Lapar punca wanita curi cermin mata, dipenjara dua minggu

Utusan Sarawak 6 hours ago

MIRI:  Seorang wanita tempatan berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara dua minggu serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri tiga pasang cermin mata hitam bernilai RM75 dari sebuah premis di Pusat Komersial Centre Point.

Tertuduh mengaku melakukan perbuatan itu kerana mahu menjual cermin mata berkenaan bagi mendapatkan wang untuk membeli makanan.

Kejadian berlaku sekitar 2.30 petang pada 2 Julai lalu apabila pemilik premis mendapati tiga pasang cermin mata hitam yang dipamerkan di hadapan kedai hilang.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan seorang wanita mengambil barangan tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.

Susulan siasatan, polis menahan tertuduh di sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Bintang pada 4 Julai lalu dan berjaya merampas semula ketiga-tiga pasang cermin mata yang dicuri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee menerusi hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri hari ini mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap keselamatan harta benda dan segera membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa jenayah atau mempunyai maklumat berkaitan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pelakon wanita drama kepolisan didakwa beri tiga jenis dadah kepada diri sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.