Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jarak 134 kilometer, laluan mencabar punca bomba tiba selepas rumah panjang terbakar
  • KEBAKARAN

Jarak 134 kilometer, laluan mencabar punca bomba tiba selepas rumah panjang terbakar

Utusan Sarawak 8 hours ago
MUSNAH… Keadaan rumah panjang di Kampung Mision Ulu Teru, Tinja, Baram yang musnah sepenuhnya selepas kebakaran awal pagi ini.

MIRI: Jarak perjalanan sejauh 134 kilometer serta laluan berbukit, sempit dan berbatu menyebabkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hanya tiba di Kampung Mision Ulu Teru, Tinja, Baram selepas kebakaran memusnahkan sebuah blok rumah panjang awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.38 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Lutong ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada 8.31 pagi selepas menempuh perjalanan yang jauh ke kawasan pedalaman Baram.

ANGGOTA bomba kemudian menjalankan kerja pemeriksaan menyeluruh selepas kebakaran serta memadam sisa-sisa api dan asap yang masih kelihatan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Pasukan bomba tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah blok rumah panjang jenis struktur tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Bagaimanapun, kebakaran telah padam sebelum ketibaan pasukan bomba dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemeriksaan menyeluruh selepas kebakaran serta memadam sisa-sisa api dan asap yang masih kelihatan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi melibatkan seramai 15 anggota dengan kekuatan dua jentera Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (D-Max).

Menurut JBPM, maklumat mengenai jumlah pintu rumah panjang yang terlibat, keluasan kebakaran serta bilangan penghuni yang terjejas masih dalam proses pengumpulan dan akan dikemas kini.

JBPM turut memaklumkan Komander Operasi sukar dihubungi dari semasa ke semasa berikutan liputan rangkaian GIRN dan talian telefon di lokasi kejadian yang tidak memuaskan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah panjang terbakar di Ulu Teru, bomba masih dalam perjalanan ke lokasi
Next: Kebakaran kilang aiskrim cetus operasi besar bomba di Demak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.