Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Juruterbang AS, wanita tertua ke angkasa Wally Funk meninggal dunia pada usia 87
  • GLOBAL

Juruterbang AS, wanita tertua ke angkasa Wally Funk meninggal dunia pada usia 87

Utusan Sarawak 19 hours ago
PERINTIS penerbangan Amerika Syarikat (AS) Wally Funk

WASHINGTON: Perintis penerbangan Amerika Syarikat (AS) Wally Funk meninggal dunia pada usia 87 tahun, menurut jurucakap bandar Grapevine di Texas pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Funk, yang melakukan perjalanan ke angkasa lepas pada 2021 ketika berusia 82 tahun dan mencipta rekod usia meninggal dunia pada Rabu di Grapevine, menurut jurucakap itu.

Beliau meninggal dunia di rumah atas sebab semula jadi dengan ditemani insan tersayang.

“Kami amat berdukacita atas pemergian Wally Funk,” menurut syarikat angkasa lepas AS Blue Origin milik pengasas Amazon Jeff Bezos menerusi hantaran di platform media sosial X.

Funk melakukan perjalanan ke angkasa lepas bersama Bezos pada 2021 dengan menaiki kapal angkasa New Shepard milik Blue Origin, sekali gus menjadi wanita tertua yang pernah berbuat demikian.

“Kami berbesar hati dan rendah hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan beliau,” menurut syarikat itu.

Bekas juruterbang AS itu merupakan wanita pertama dilantik sebagai pemeriksa keselamatan penerbangan di Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), selain menjadi tenaga pengajar wanita pertama di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Pada 1960-an, beliau menamatkan program latihan untuk wanita yang berhasrat terbang ke angkasa lepas, namun tidak dipilih menyertai sebarang misi.

“Keazaman Wally Funk yang tidak pernah luntur membuktikan bahawa impian tidak mempunyai tarikh luput,” kata Ahli Majlis Bandaraya Grapevine Duff O’Dell, yang juga rakan rapat Funk, dalam kenyataan di Facebook.

O’Dell berkata pencapaian Funk menjadi kebanggaan Grapevine, sebuah bandar dengan populasi sekitar 51,000 orang di kawasan Dallas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indonesia lancar satelit cerapan bumi tempatan pertama Januari 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.