Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah panjang terbakar di Ulu Teru, bomba masih dalam perjalanan ke lokasi
  • KEBAKARAN

Rumah panjang terbakar di Ulu Teru, bomba masih dalam perjalanan ke lokasi

Utusan Sarawak 6 hours ago
MARAK… Api marak memusnahkan sebuah rumah panjang di Kampung Mision Ulu Teru, Tinjar, Baram dalam kejadian awal pagi ini.

MIRI: Sebuah rumah panjang di Kampung Mision Ulu Teru, Tinjar, Baram di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.38 pagi.

Kebakaran melibatkan Rumah Panjang Hendry Gomes di Kampung Mision Ulu Teru yang terletak kira-kira 134 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng.

KELIHATAN penduduk berdekatan berusaha memadam kebakaran.

Operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Lopeng dengan bantuan BBP Lutong. 

Seramai 13 anggota bersama dua jentera Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (D-Max) telah digerakkan ke lokasi.

Bagaimanapun, sehingga laporan ini dikemas kini, pasukan bomba masih belum tiba di lokasi kejadian berikutan jarak perjalanan yang jauh selain keadaan muka bumi berbukit, jalan yang sempit dan berbatu, sekali gus menyukarkan pergerakan jentera ke tempat kejadian.

Setakat maklumat awal, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

 Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Peralatan dapur terbakar di premis dobi Jalan Haji Taha, tiada mangsa cedera
Next: Jarak 134 kilometer, laluan mencabar punca bomba tiba selepas rumah panjang terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.