Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran hutan bukit di Sematan, 2.9 hektar berjaya dipadam
  • KEBAKARAN

Kebakaran hutan bukit di Sematan, 2.9 hektar berjaya dipadam

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan bukit di Bukit Brinsak. Foto JBPM

SEMATAN: Pasukan bomba berjaya memadam kira-kira 2.9 hektar daripada keseluruhan 4.5 hektar kawasan hutan bukit yang terbakar di Bukit Brinsak, Sematan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.37 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.19 tengah hari selepas menempuh perjalanan sejauh 43 kilometer.

“Operasi pemadaman dijalankan secara manual menggunakan peralatan fire beater dan tong semburan racun bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Sehingga operasi ditangguhkan, keluasan keseluruhan kawasan yang terbakar dianggarkan 4.5 hektar dengan 2.9 hektar berjaya dipadamkan, manakala baki 1.6 hektar masih terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman ditangguhkan pada 7.47 malam atas faktor keselamatan dan keadaan semasa di lokasi.

Katanya, kerja-kerja pemadaman akan disambung semula esok bagi memadamkan baki kawasan yang masih terjejas.

Operasi diketuai PBK II (TBBK) Khaizul Buang dengan Komander Operasi Kanan, PPgB Muhamad Hazijul Abdul Mujun.

Operasi melibatkan sembilan anggota bersama sebuah jentera bomba Compact Fire Rescue Tender (CFRT), sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah van.

Turut membantu operasi ialah Perbadanan Hutan Sarawak serta pihak resort berhampiran.

Continue Reading

Previous: Penghuni berjaya kawal kebakaran sebelum bomba tiba
Next: Peralatan dapur terbakar di premis dobi Jalan Haji Taha, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.