MIRI: Sepasukan anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam bagi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Batu Satu, Jalan Lutong-Kuala Baram di sini, semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.24 malam sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran sampah di tapak pelupusan sampah membabitkan keluasan kira-kira 30×30 meter kaki persegi.
“Tindakan pemadaman dibuat menggunakan satu aliran hos hantaran100 kaki ,satu aliran salur bantu mula pancutan nozel menggunakan air dari jentera dan tiada punca air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.
Law berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak sebelum operasi ditamatkan pada 10.55 malam.
Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Oleh LIONG CHAI LING