Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera selepas MPV terbalik di Batu Kawa
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera selepas MPV terbalik di Batu Kawa

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANGGOTA bomba bersama agensi penyelamat lain berada di lokasi kemalangan kendiri melibatkan sebuah MPV di Jalan Moyan Batu Kawa.

KUCHING: Seorang lelaki cedera di bahagian bahu selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Moyan Batu Kawa, berhampiran Royal Food Court, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.03 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang diketuai PBK I Gajau Jemat tiba di lokasi kira-kira 14 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza yang terbalik di tepi jalan.

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang cedera selepas MPV dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Moyan Batu Kawa, berhampiran Royal Food Court, Kuching, hari ini.

“Seorang mangsa lelaki didapati mengalami kecederaan di bahagian bahu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung jenis Scoop Stretcher sebelum menyerahkannya kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi dikawal pada 4.30 petang dan tamat sepenuhnya pada 4.45 petang.

Operasi melibatkan sembilan anggota BBP Batu Lintang dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Turut berada di lokasi ialah pihak Polis Diraja Malaysia.

Continue Reading

Previous: APM Limbang bantu remaja perempuan terlibat kemalangan motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.