Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tanjung Embang: Kuasa baharu digital bakal memacu landskap teknologi Asean
  • BISNES

Tanjung Embang: Kuasa baharu digital bakal memacu landskap teknologi Asean

Utusan Sarawak 18 hours ago

Abang Johari ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy 2026 di Kuching.

KUCHING: Sarawak akan memanfaatkan kekuatan dalam tenaga boleh diperbaharui untuk menyokong Grid Asean sambil memacu pembangunan ekonomi baharu berteraskan data, semikonduktor, aeroangkasa dan teknologi tinggi, dengan Tanjung Embang muncul sebagai pemangkin utama transformasi tersebut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, agenda itu dibina di atas asas ekonomi negeri yang semakin kukuh selepas Sarawak diiktiraf Bank Dunia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi sejak 2022, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita melebihi RM70,000.

“Pencapaian berterusan itu membuktikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap hala tuju pembangunan Sarawak serta keupayaannya untuk meneroka bidang-bidang baharu bernilai tinggi.

“Kecemerlangan bukan lagi satu pilihan, tetapi mesti menjadi teras kepada cara kita mentadbir, berinovasi, melindungi rakyat dan alam sekitar serta bersaing di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy 2026 di sini malam tadi.

Abang Johari menyampai anugerah kepada salah seorang daripada 18 vendor yang memenangi Anugerah kecemerlangan vendor SEB.

Abang Johari berkata, peranan Sarawak sebagai pembekal tenaga boleh diperbaharui kepada negara-negara Asean akan terus diperkukuh menerusi pembangunan Grid Asean.

Menurutnya, Tanjung Embang akan dibangunkan berasaskan teknologi canggih dan tadbir urus bertaraf antarabangsa, termasuk penggunaan sistem digital yang membolehkan urusan pelabuhan dan perdagangan dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan lancar.

Selain itu, pembangunan Tanjung Embang turut merangkumi perancangan mewujudkan ekosistem teknologi tinggi menerusi pembangunan kampus data dan kecerdasan buatan (Al) yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan digital di Sarawak.

Kemudahan berkenaan dijangka menjadi hab strategik bagi menyokong penggunaan teknologi Al, pengurusan data serta inovasi digital, selaras dengan aspirasi negeri untuk memperkukuh keupayaan dalam bidang teknologi masa hadapan dan menarik pelaburan berteknologi tinggi.

Dalam pada itu, Tanjung Embang turut dirancang sebagai kawasan pembangunan strategik yang akan disokong dengan kesalinghubungan udara menerusi pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu pada masa hadapan. 

Katanya, kemudahan itu penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak, khususnya dalam menarik pelaburan dan memperkukuh peranan negeri ini sebagai hab serantau.

Abang Johari berkata, gabungan tenaga hijau, infrastruktur moden dan pembangunan bakat tempatan diyakini mampu melonjakkan Sarawak sebagai kuasa ekonomi dan teknologi baharu di rantau Asean.

Untuk rekod, pembangunan Tanjung Embang yang merupakan antara projek pemangkin di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun dan bakal memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga, perdagangan dan teknologi di rantau ASEAN.

Oleh Afiq Sallehi

Continue Reading

Previous: ALIFE gesa mansuh cukai hiburan untuk perkasa ekonomi kreatif negara
Next: Sarawak kini magnet pelabur asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.