Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 14 anak Bukit Saban terima insentif pendidikan, Uggah seru belia rebut peluang PCDS 2030
  • PENDIDIKAN

14 anak Bukit Saban terima insentif pendidikan, Uggah seru belia rebut peluang PCDS 2030

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada majlis penyampaian insentif pendidika sempena Malam Kebudayaan KAABS 2026 yang berlangsung di Kuching, baru-baru ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

​KUCHING: Seramai 14 anak Bukit Saban menerima Insentif Pendidikan daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai penghargaan atas kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

​Semua penerima diraikan atas kejayaan menembus menara gading sama ada di peringkat Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

​Majlis penyampaian insentif tersebut telah diadakan sempena Malam Kebudayaan Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) 2026 yang berlangsung di Kuching, baru-baru ini.

​Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menghargai kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh anak-anak tempatan dari kawasan berkenaan.

​Di samping itu, beliau menjelaskan bahawa insentif berkenaan berfungsi sebagai penyuntik semangat kepada lebih ramai generasi muda untuk terus menimba ilmu dan menyumbang kepada kemajuan Bukit Saban serta Sarawak.

​”Pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai. Ilmu yang diperoleh bukan sahaja mampu mengubah masa depan diri dan keluarga, malah menjadi asas kepada kemajuan masyarakat dan negeri,” katanya.

​Pada masa sama, beliau menggesa golongan belia agar memanfaatkan sepenuhnya pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan Sarawak ketika ini.

​Menurutnya, ini termasuklah inisiatif pendidikan tinggi percuma di institusi milik Sarawak serta program pembangunan bakat dan modal insan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Tambahnya, kejayaan menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran dan membentuk sahsiah diri.

​Langkah berkenaan amat penting sebagai persediaan yang rapi buat golongan mahasiswa dan mahasiswi sebelum mereka kembali berbakti kepada masyarakat dan negeri pada masa hadapan.

​”Gunakanlah setiap peluang yang diberikan untuk terus menimba ilmu, membentuk sahsiah dan meningkatkan kemahiran. 

“Saya berharap suatu hari nanti para graduan ini akan kembali menyumbang kepakaran dan pengalaman demi kemajuan Bukit Saban serta Sarawak,” ujarnya.

​Dalam pada itu, Uggah memaklumkan bahawa mereka yang memenuhi syarat untuk menerima insentif berkenaan tetapi masih belum mengemukakan permohonan boleh berbuat demikian melalui Pusat Khidmat DUN N.37 Bukit Saban untuk pertimbangan.

​Beliau menegaskan bahawa pihak kepimpinan mahu memastikan setiap individu yang layak menerima penghargaan dan sokongan yang sewajarnya tanpa ada yang tercicir.

​Jelasnya lagi, kejayaan melahirkan lebih ramai generasi muda yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti akan menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan kemakmuran Bukit Saban pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program Dwibahasa Sarawak diperluas ke Tingkatan Satu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.