Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SWFC JR juara Bola Sepak Wanita Terbuka Irau Aco Lun Bawang 2026
  • SUKAN

SWFC JR juara Bola Sepak Wanita Terbuka Irau Aco Lun Bawang 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
SWFC JR juara manakala Lun Bawang Krayan (Indonesia) naib johan sempena Pertandingan Bola Sepak Wanita Terbuka sempena Irau Aco Lun Bawang 2026 di Kompleks Sukan Lawas.

LAWAS: Pasukan SWFC JR (Sabah) menjuarai Pertandingan Bola Sepak Wanita Terbuka sempena Irau Aco Lun Bawang 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Lawas baru-baru ini.

Naib johan menjadi milik pasukan Lun Bawang Krayan (Indonesia) selepas tewas menerusi sepakan penalti 4-5 apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Satu lagi pasukan dari negeri Sabah, SWFC Senior (Sabah), menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Mixstorm FT dari Lawas dengan jaringan 2-0.

Pertandingan bola sepak merupakan antara acara yang paling mendapat perhatian daripada peminat sukan bola sepak sepanjang berlangsungnya Irau Aco Lun Bawang.

Pada edisi tahun ini, pertandingan berkenaan menyaksikan penyertaan satu pasukan dari Kalimantan, Indonesia, tiga pasukan dari negeri Sabah dan dua pasukan tempatan dari Lawas.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertemuan ulangan Perancis-Maghribi pada 2022, memulakan suku akhir Piala Dunia 
Next: Mesir mahu pasukan pengadil digantung sepanjang baki Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.