Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga sarang lebah madu di kawasan SMK Tutoh Apoh berjaya dimusnakan APM
  • Utara
  • WILAYAH

Tiga sarang lebah madu di kawasan SMK Tutoh Apoh berjaya dimusnakan APM

Utusan Sarawak 12 hours ago
OPERASI…Anggota APM Marudi dari Skuad Bravo memusnahkan tiga sarang lebah madu di tingkat tiga bangunan SMK Tutoh Apoh. Foto APM Marudi.

MARUDI: Seramai 31 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Marudi, terdiri daripada 26 pelajar dan lima guru, disengat lebah madu ketika mengadakan aktiviti sukan di sekolah berkenaan semalam.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Klinik Long Panai untuk mendapatkan rawatan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.02 petang bagi mendapatkan bantuan untuk memusnahkan tiga sarang lebah yang ditemui di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi daripada Skuad Bravo bergegas ke lokasi pada 4.04 petang. Pasukan itu diketuai L/Kpl (PA) Kamil Tahir bersama dua anggota lain, iaitu Pbt. (PA) Mohd Rizzuan Mahli dan Pbt. (PA) Mohd Aris Fadilah Mohd Kamis.

Beliau berkata pasukan berkenaan menaiki bot fiber berenjin 15 kuasa kuda untuk ke lokasi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi.

Pasukan itu tiba di lokasi pada 8.15 malam sebelum bertemu pengadu, Sulaiman Ismail, bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum memulakan operasi.

Skuad Bravo berjaya memusnahkan tiga sarang lebah yang dianggarkan berukuran 2 kaki x 2 kaki dengan menggunakan kaedah pembakaran.

Selepas operasi selesai, pasukan itu bertolak pulang ke PKOD Marudi pada 10.30 malam dan tiba di pusat kawalan pada 3.19 pagi tadi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Pendidikan Literasi Fungsian bantu masyarakat kuasai 3M, elak jadi mangsa penipuan
Next: Mualaf perlu kuasai pengurusan jenazah – Iskandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.