Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Penganggur dipenjara lima bulan curi barang dari runtuhan bangunan di Sibu
  • MAHKAMAH

Penganggur dipenjara lima bulan curi barang dari runtuhan bangunan di Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEORANG penganggur dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Sibu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri, selain turut didenda bagi beberapa kesalahan berkaitan dadah.

SIBU: Mahkamah Majistret Sibu hari ini menjatuhi hukuman penjara lima bulan terhadap seorang penganggur selepas suspek mengaku bersalah mencuri barangan dari runtuhan bangunan di Jalan Pahlawan pada 3 Julai lalu.

Majistret Romario Jonoi, yang menjatuhkan hukuman itu, memerintahkan tertuduh, Tan Kiang Lung, 35, menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh sabitan.

Terdahulu, Tan didakwa mencuri dua paket bekas pembungkus makanan serta wayar elektrik dari runtuhan bangunan di Jalan Pahlawan pada 3 Julai 2026, kira-kira 12.00 tengah hari.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu mendapati beberapa barangan telah hilang, menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM2,000.

Pada hari yang sama, kira-kira 12.30 tengah hari, polis menahan tertuduh di tempat kejadian dan merampas satu berkas mengandungi wayar elektrik, dua berkas mengandungi bekas pembungkus makanan serta sepasang gunting.

Dalam rayuannya, Tan memohon hukuman yang lebih ringan dengan memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk mencuri barangan tersebut.

Tertuduh turut memberitahu mahkamah bahawa dia menyangka barangan berkenaan tidak diperlukan lagi sebelum berniat menjualnya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Sementara itu, Tan turut dikenakan denda RM4,200 atau penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah memiliki 1.43 gram methamphetamine di Lorong Lanang Barat 20B pada 14 Ogos 2022, kira-kira 5.00 petang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Tertuduh turut dijatuhi denda RM3,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap satu daripada dua pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 24 Oktober 2023, kira-kira jam 12.55 tengah hari, dan pada 14 Mac 2025, kira-kira 1.30 petang di Balai Polis Sungai Merah, Jalan Wawasan.

Di samping itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela turut diperintahkan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa selama dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Amuk dengan parang, lelaki dihukum penjara enam tahun, dua sebatan
Next: Saksi terima aduan bekas pengurus Petronas hantar maklumat sulit kepada Petros

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.