Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas penghuni elak kebakaran merebak
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas penghuni elak kebakaran merebak

Utusan Sarawak 13 hours ago
KEADAAN bahagian dapur rumah kedai di Pekan Baru Tatau selepas kebakaran berjaya dipadamkan oleh penghuni menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan anggota bomba. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Tindakan pantas penghuni menggunakan empat alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran di bahagian dapur sebuah rumah kedai dua tingkat di Pekan Baru Tatau, sebelum ketibaan anggota bomba hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.22 tengah hari sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bahagian dapur rumah kedai di aras bawah bangunan berkenaan.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh penghuni menggunakan empat unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya.

Kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sekitar 20 peratus.

Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja penyejukan menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Tangki simpanan sisa minyak terbakar di Kidurong, bomba berjaya kawal keadaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.