Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pendigitalan KKM berjaya kurangkan masa menunggu pesakit – Hanifah Hajar
  • KESIHATAN

Pendigitalan KKM berjaya kurangkan masa menunggu pesakit – Hanifah Hajar

Utusan Sarawak 14 hours ago
TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Digital Berasaskan Awan (CCMS) di klinik kesihatan kerajaan berjaya mengurangkan tempoh menunggu, dengan 81 peratus pesakit kini dapat berjumpa dengan pegawai perubatan dalam tempoh 60 minit.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib berkata penggunaan Sistem Maklumat Pergigian (DIS) di klinik pergigian dan Sistem Maklumat Hospital Lengkap (THIS) di hospital turut terbukti meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, selain menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama serta kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Beliau berkata sebelum pelaksanaan CCMS, tempoh menunggu pesakit untuk berjumpa dengan pegawai perubatan di sesetengah klinik kesihatan boleh mencecah hingga tiga jam bergantung pada jumlah kehadiran pesakit dan beban kerja klinik.

“Data pemantauan terkini menunjukkan 81 peratus pesakit dapat berjumpa pegawai perubatan dalam tempoh 60 minit, manakala baki 19 peratus menerima rawatan dalam tempoh 60 hingga 90 minit bergantung pada tahap kes dan beban kerja klinik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) tentang keberkesanan inisiatif digitalisasi sistem kesihatan awam seperti MySejahtera dan rekod kesihatan elektronik dalam mengurangkan kesesakan di hospital awam.

Hanifah Hajar berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut meneruskan agenda pendigitalan kesihatan dengan menyasarkan pelaksanaan CCMS di 2,917 klinik kesihatan dan DIS di 728 klinik pergigian menjelang 2028.

Berhubung MySejahtera, Hanifah Hajar berkata aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat tempahan bagi 18 jenis perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan dan klinik pergigian.

Beliau berkata sebanyak 29 juta transaksi janji temu direkodkan setakat ini, dan perkhidmatan itu akan diperluas ke klinik pakar hospital dalam masa terdekat.

Selain itu, katanya, KKM sedang mengintegrasikan CCMS dengan MySejahtera yang kini menghimpunkan rekod kesihatan kira-kira 30 juta individu.

Hal ini termasuklah rekod vaksinasi, 12 juta rekod preskripsi ubat, lima juta rekod pergigian, lima juta rekod saringan kesihatan serta satu juta ringkasan lawatan klinik bagi memudahkan akses kepada rekod pesakit, mempercepat rawatan dan meningkatkan kesinambungan penjagaan antara fasiliti kesihatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Richard Rapu@Aman Begri (GPS-Betong) berhubung pelaksanaan sistem digital di fasiliti kesihatan awam di Sarawak, Hanifah Hajar berkata sebanyak 174 klinik kesihatan dan 11 klinik pergigian di negeri itu telah menggunakan sistem berkenaan.

Bagi hospital pula, beliau berkata THIS kini sedang dilaksanakan di sebuah hospital di Sarawak dan akan diperluas ke 151 hospital di seluruh negara menjelang 2030. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ekzema: Dapatkah dirawat atau perlu tanggung sepanjang hayat?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.