Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM sasar buka 1,040 kelas prasekolah baharu menjelang 2027
  • PENDIDIKAN

KPM sasar buka 1,040 kelas prasekolah baharu menjelang 2027

Utusan Sarawak 9 hours ago
KPM menyasar membuka 1,040 kelas prasekolah baharu menjelang 2027 bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuka sebanyak 1,040 kelas prasekolah bagi tempoh 2023 hingga 2027, satu langkah signifikan yang akan direalisasikan dalam tempoh hanya lima tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menurut KPM, langkah itu sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan berkualiti, tanpa mengira lokasi atau latar belakang.

“Usaha ini membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem pendidikan awal serta memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat terhadap pendidikan prasekolah,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dimuat naik menerusi portal Parlimen hari ini.

KPM menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan data terkini bilangan murid dan bilik darjah prasekolah KPM serta perancangan menyelaraskan pengurusan prasekolah.

Setakat 31 Mei lepas, KPM mengendalikan sebanyak 10,491 kelas prasekolah di seluruh negara yang memberikan manfaat kepada 217,026 murid.

Menurut KPM, usaha itu turut disokong oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang mengendalikan 10,536 tadika dengan enrolmen 204,412 kanak-kanak serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang mengendalikan 1,781 Tabika Perpaduan melibatkan 34,008 kanak-kanak.

Secara keseluruhan, hingga 31 Mei lepas, sebanyak 22,808 bilik darjah prasekolah telah beroperasi di bawah KPM, Kemas dan JPNIN di seluruh negara yang menampung 455,446 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun.

KPM memaklumkan penambahan kelas prasekolah baharu dilaksanakan secara terancang menerusi pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun serta peluasan kelas di sekolah sedia ada berdasarkan permintaan setempat dan unjuran enrolmen.

Berhubung cadangan menyatukan pengurusan prasekolah di bawah satu kementerian, KPM menjelaskan sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan membabitkan kementerian itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Perpaduan Negara serta pihak berkepentingan lain bagi meneliti cadangan berkenaan secara menyeluruh.

“Penelitian ini tidak dilakukan secara terasing, sebaliknya turut diselaraskan dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan aspek akses, ekuiti dan kualiti pendidikan secara menyeluruh,” menurut KPM.

KPM memaklumkan antara keutamaan yang sedang diberi perhatian ialah usaha memperkukuh kualiti pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 bagi merapatkan jurang pembelajaran antara kanak-kanak.

Kajian penyelarasan yang sedang dijalankan turut meliputi aspek dasar dan perundangan, perjawatan, kewangan, aset dan prasarana, kurikulum serta pengoperasian sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, menurut KPM.- Bernama

Continue Reading

Previous: MySeDidik perkukuh transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak Sarawak
Next: Industri satelit Sarawak perlukan tenaga pakar pelbagai bidang kejuruteraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.