Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 satukan bakat, kukuhkan perpaduan masyarakat Borneo
  • HIBURAN

Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 satukan bakat, kukuhkan perpaduan masyarakat Borneo

Utusan Sarawak 9 hours ago
HADIR… Datuk Henry Harry Jinep hadir pada pertandingan Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 sempena Karnival Budaya ‘Cita Rasa Borneo 4.0’ di Miri semalam.

MIRI: Pertandingan Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 bukan sekadar medan mencungkil bakat nyanyian, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan serta mempromosikan kepelbagaian budaya masyarakat Borneo di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, (Sungai dan Marin), Datuk Henry Harry Jinep berkata, penganjuran pertandingan itu membuktikan masyarakat pelbagai kaum mampu berganding bahu menjayakan program yang menyatukan budaya, agama dan bangsa. 

Beliau berkata, kejayaan menghimpunkan 23 persatuan dalam menjayakan ‘Cita Rasa Borneo 4.0’ merupakan pencapaian membanggakan yang mencerminkan semangat perpaduan masyarakat di Miri.

“Program ini menunjukkan kepada seluruh Sarawak, Borneo dan Malaysia bahawa kita mampu bersatu dalam kepelbagaian,” katanya ketika merasmikan pertandingan Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 sempena Karnival Budaya ‘Cita Rasa Borneo 4.0’ di sini semalam.

Menurut beliau, penganjuran kali ini turut melibatkan penyertaan dari Kalimantan, Sabah, Brunei dan Yunnan, China, sekali gus mengangkat festival berkenaan sebagai acara yang mewakili masyarakat Borneo secara lebih menyeluruh. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Festival Filem Venice anugerahkan Golden Lion kepada Clooney atas pencapaian seumur hidup
Next: Wang Leehom terima 39 jahitan selepas terjatuh ketika konsert di Chengdu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.