Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Martinez akhiri khidmat bersama Portugal selepas tersingkir di Piala Dunia
  • SUKAN

Martinez akhiri khidmat bersama Portugal selepas tersingkir di Piala Dunia

Utusan Sarawak 13 hours ago
KETUA jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, memberikan arahan menjelang perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 antara Portugal dan Sepanyol di Stadium Dallas, Arlington, pada 6 Julai 2026. Foto AFP

ARLINGTON, Amerika Syarikat: Roberto Martinez mengesahkan bahawa beliau mengakhiri khidmat sebagai ketua jurulatih Portugal selepas pasukannya tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia susulan kekalahan 0-1 kepada Sepanyol.

Jurulatih kelahiran Sepanyol berusia 52 tahun itu menyaksikan Portugal tewas hasil jaringan lewat Mikel Merino di Stadium Dallas, gelanggang pasukan Dallas Cowboys.

Martinez, yang sering dikritik kerana terus mengekalkan kapten veteran, Cristiano Ronaldo, dalam kesebelasan utama meskipun prestasinya semakin merosot, membimbing Portugal sejak 2023.

Sebelum itu, beliau pernah mengendalikan Belgium selain membimbing beberapa kelab di England, termasuk Swansea City, Wigan Athletic dan Everton.

Martinez, yang sememangnya dijangka meninggalkan Portugal selepas kontraknya berakhir, berkata:

“Memang benar, ini ialah perlawanan terakhir saya bersama pasukan kebangsaan Portugal.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Portugal kerana tempoh ini amat bermakna dan menjadi satu penghormatan yang sukar saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Sokongan serta semangat yang diberikan oleh para penyokong dan seluruh rakyat Portugal amat luar biasa.

“Terima kasih atas segala-galanya. Kenangan ini akan saya bawa sepanjang hayat.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Air mata iringi berakhirnya impian Piala Dunia Ronaldo
Next: Jadual padat Piala Dunia Argentina membimbangkan Scaloni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.