Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT Sarawak terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
  • TEMPATAN

TYT Sarawak terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

Utusan Sarawak 24 hours ago
TYT Sarawak menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury di Astana Negeri Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan itu menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara Sarawak dan Bangladesh, khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta pembangunan sumber manusia.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor berimpak tinggi, termasuk pertanian berasaskan agro, keterjaminan makanan, tenaga boleh diperbaharui dan pengajian tinggi.

MANJURUL Karim Khan Chowdhur menyerahkan cenderamata kepada TYT Sarawak sebagai tanda kenangan kunjungan hormat ke Astana Negeri Sarawak. Foto UKAS

Turut dibincangkan ialah usaha memperkasa pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi masa depan.

Menurut perbincangan itu, penguasaan STEM mampu menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi seperti tenaga hidrogen, teknologi hijau, penangkapan karbon dan industri aeroangkasa, selain melahirkan modal insan yang berdaya saing.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan serta meneroka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada Sarawak dan Bangladesh.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TYT Sarawak terima kunjungan hormat MCPF Sarawak, perkukuh usaha pencegahan jenayah
Next: Jambatan Batang Rambungan dijangka siap hujung tahun ini – Aidel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.