Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT Sarawak terima kunjungan hormat MCPF Sarawak, perkukuh usaha pencegahan jenayah
  • TEMPATAN

TYT Sarawak terima kunjungan hormat MCPF Sarawak, perkukuh usaha pencegahan jenayah

Utusan Sarawak 1 day ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Cawangan Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara MCPF dan kerajaan Sarawak dalam usaha memperkasa pencegahan jenayah, meningkatkan keselamatan komuniti, memperluas kesedaran awam serta memupuk kesejahteraan sosial.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan kepada MCPF Sarawak atas komitmen berterusan melaksanakan pelbagai program kesedaran mengenai pencegahan jenayah di negeri ini.

Beliau turut menggalakkan yayasan berkenaan memperluaskan lagi peranannya, khususnya dalam memperkukuh penglibatan golongan belia, pendidikan komuniti dan pelaksanaan inisiatif pencegahan jenayah.

TYT Sarawak bersama delegasi MCPF Sarawak dalam sesi bergambar kenangan di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto UKAS

Pada masa sama, beliau menyatakan sokongan terhadap perkembangan perundangan yang memperkukuh tanggungjawab bersama ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menangani isu buli di sekolah.

Menurut beliau, usaha membendung gejala buli memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan keluarga, sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat.

Delegasi MCPF turut membentangkan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan meliputi pendidikan pencegahan jenayah, program jangkauan komuniti, pemerkasaan belia, kesedaran keselamatan siber serta kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa dan institusi pendidikan.

Turut dibincangkan cadangan Universiti HELP untuk menubuhkan kampus di Sarawak bagi menyokong pembangunan modal insan, penyelidikan dan penglibatan komuniti.

Tun Wan Junaidi menyambut baik cadangan itu dan menyifatkan institusi pengajian tinggi mempunyai peranan penting dalam menyokong pembangunan sosioekonomi negeri untuk jangka panjang.

Selain itu, MCPF turut mencadangkan penyelidikan dan dokumentasi terhadap komuniti pribumi Sarawak yang semakin berkurangan sebagai usaha memelihara warisan sejarah, budaya dan antropologi negeri ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perantis lonjak wanita kuasai kemahiran dan keusahawanan – Nancy
Next: TYT Sarawak terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.