Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan Bahan Berbahaya legakan kebimbangan, tiada gas berbahaya dikesan di tapak SK Beladin
  • Tengah
  • WILAYAH

Pasukan Bahan Berbahaya legakan kebimbangan, tiada gas berbahaya dikesan di tapak SK Beladin

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN HAZMAT dari JBPM melakukan penilaian teknikal di tapak pembinaan dewan serbaguna terbuka berbumbung SK Beladin sebelum operasi ditamatkan. Foto JBPM

PUSA: Pasukan Bahan Berbahaya (HAZMAT) mengesahkan tiada gas berbahaya atau gas mudah terbakar dikesan di tapak pembinaan dewan serbaguna terbuka berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin hasil pemeriksaan yang dijalankan hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pemeriksaan dilakukan susulan penemuan sebuah lubang gerudi yang dipercayai mengeluarkan gas ketika kerja-kerja penggerudian siasatan tanah (SI Borehole) oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Sabtu lalu.

Berikutan penemuan itu, kerja penggerudian dihentikan serta-merta sebelum JKR mendapatkan khidmat nasihat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Saratok kemudian menjalankan pemantauan awal, memasang sawar keselamatan dan menasihati pihak sekolah supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

PASUKAN HAZMAT melakukan pemeriksaan di lokasi penggerudian yang dipercayai mengeluarkan asap di tapak SK Beladin bagi memastikan tahap keselamatan kawasan. Foto JBPM

HAZMAT dari BBP Tabuan Jaya seterusnya menjalankan pemeriksaan menggunakan dron, peralatan pengesanan gas, pam pensampelan kolorimetrik dan kertas pH, selain mengambil dua bacaan gas bagi mengesahkan keputusan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada bacaan gas hidrogen sulfida (H₂S) direkodkan, manakala imej termal yang dirakam menunjukkan keadaan normal.

Pemeriksaan turut mengesahkan tiada sebarang indikasi kehadiran gas berbahaya atau gas mudah terbakar di kawasan berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia beralih dari skrin ke aktiviti luar, sertai perkhemahan belajar ikhtiar hidup
Next: Anak Sarawak jangan lalai dengan lambakan bantuan yang dihulurkan kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.