Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS belum putuskan calon PRN Sarawak – Abdul Karim
  • SEMASA

GPS belum putuskan calon PRN Sarawak – Abdul Karim

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Penerangan PBB yang juga jurucakap GPS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai senarai individu yang dikatakan bakal dicalonkan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Ketua Penerangan PBB yang juga jurucakap GPS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini GPS belum membuat sebarang keputusan berhubung pemilihan calon yang akan mewakili gabungan berkenaan pada pilihan raya tersebut.

Menurut beliau, penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan kepimpinan parti dan penyokong susulan penyebaran beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa memaparkan senarai calon GPS.

“Individu yang dipaparkan dalam hantaran tersebut bukan calon yang telah diputuskan atau disahkan oleh GPS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Walaupun demikian, Abdul Karim berkata GPS menghargai hantaran yang disifatkan sebagai tanda sokongan orang ramai terhadap gabungan parti pemerintah Sarawak itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang pengumuman mengenai calon GPS hanya akan dibuat melalui saluran rasmi gabungan berkenaan apabila keputusan mengenainya dimuktamadkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan penularan beberapa hantaran di media sosial yang menggunakan imej dihasilkan menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menggambarkan beberapa personaliti sebagai bakal calon GPS pada PRN Sarawak akan datang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu remaja autistik dirantai: Tiada kesalahan dilakukan pusat jagaan, semua ikut prosedur – Nancy
Next: AirBorneo rancang mulakan penerbangan ke Kuala Lumpur, Singapura bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.