Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perdagangan Malaysia-Brunei cecah RM5.8 bilion, Sarawak-Brunei lebih RM1.8 bilion
  • TEMPATAN

Perdagangan Malaysia-Brunei cecah RM5.8 bilion, Sarawak-Brunei lebih RM1.8 bilion

Utusan Sarawak 10 hours ago
AWANG Tengah berucap pada Majlis Makan Malam Jelajah Usahawan Sarawak-Brunei 2026 di Hotel Roxy Lawas, malam tadi.

LAWAS: Brunei Darussalam kekal sebagai rakan dagang tradisi yang penting kepada Malaysia, khususnya Sarawak, dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan peningkatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perdagangan antara Malaysia dan Brunei mencatat nilai RM5.8 bilion tahun lalu, manakala perdagangan antara Sarawak dan Brunei melebihi RM1.8 bilion.

“Perdagangan antara Malaysia dengan Brunei Darussalam tahun lepas merekodkan RM5.8 bilion, manakala perdagangan antara Sarawak dan Brunei melebihi RM1.8 bilion.

AWANG Tengah ketika menghadiri Majlis Makan Malam Jelajah Usahawan Sarawak-Brunei 2026 di Hotel Roxy Lawas, malam tadi.

“Ia melibatkan pelbagai sektor termasuk makanan, jentera serta produk berasaskan minyak dan gas. Hubungan perdagangan ini perlu terus diperkukuh dan dipertingkatkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jelajah Usahawan Sarawak-Brunei 2026 di Hotel Roxy Lawas, malam tadi.

Awang Tengah, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, kedua-dua pihak perlu terus memperluas kerjasama ekonomi rentas sempadan secara lebih tersusun, progresif dan saling menguntungkan.

Seramai 350 peserta menyertai Jelajah Usahawan Sarawak-Brunei 2026 di Lawas yang berlangsung bermula semalam hingga hari ini, termasuk lebih 200 peserta dari Brunei yang mewakili lapan organisasi perdagangan dan perniagaan.

Menurut beliau, penyertaan memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan tinggi komuniti perniagaan terhadap potensi kerjasama ekonomi antara Sarawak dan Brunei.

Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian mengenai peluang pelaburan dalam sektor agromakanan yang memberi penekanan kepada agenda keterjaminan makanan, selaras dengan keutamaan semasa di peringkat serantau dan global.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perkukuh infrastruktur, pertanian dan pelancongan di Bukit Saban
Next: Sarawak, Brunei perlu manfaat potensi kerjasama ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.