Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo dijangka tawar tambang ‘sukar ditandingi’
  • TEMPATAN

AirBorneo dijangka tawar tambang ‘sukar ditandingi’

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGUMUMAN berhubung AirBorneo dijangka dibuat sama ada pada minggu depan atau pertengahan Julai, selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk menyediakan pilihan penerbangan yang lebih mampu milik kepada rakyat.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa AirBorneo bakal menawarkan tambang yang lebih rendah bagi laluan Kuching-Kuala Lumpur apabila syarikat penerbangan milik negeri itu membuat pengumuman rasminya dalam bulan ini.

Beliau berkata, pengumuman berhubung AirBorneo dijangka dibuat sama ada pada minggu depan atau pertengahan Julai, selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk menyediakan pilihan penerbangan yang lebih mampu milik kepada rakyat.

“AirBorneo, insya-Allah minggu depan ataupun tengah bulan Julai ini akan diumumkan. Tambangnya(harga) susah nak dilawan.

“Saya beri sedikit bayangan, tambangnya akan murah bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching seperti yang kita janjikan,” katanya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyerahan Peruntukan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sri Satok di Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Jumaani, di Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Penyerahan Peruntukan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sri Satok di Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Jumaani, di sini, hari ini.

Selain menawarkan tambang yang kompetitif, beliau berkata harga tiket AirBorneo turut merangkumi kemudahan bagasi berdaftar serta hidangan dalam penerbangan tanpa sebarang bayaran tambahan.

“Bagasi sudah termasuk. Tidak ada lagi caj tambahan untuk bagasi, termasuk juga hidangan dalam penerbangan. Semuanya sudah termasuk,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Nancy sumbang RM30,000, Wishesland perkukuh sokongan kepada anak Palsi Serebrum
Next: Peruntukan RM1.7 juta bina PAWE Sri Satok perkukuh kebajikan warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.