Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nancy gesa NGO berdaftar sebelum mohon dana kerajaan
  • TEMPATAN

Nancy gesa NGO berdaftar sebelum mohon dana kerajaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri ketika sidang media selepas merasmikan Program Jualan Makanan Amal Wishesland Kuching 2026 di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.

KUCHING: Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memohon dana atau geran kerajaan digesa berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memastikan ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pendaftaran merupakan syarat asas yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu permohonan dapat diproses oleh kementerian.

“Kita perlu memastikan setiap NGO yang memohon dana kerajaan berdaftar supaya semakan dapat dilakukan dan proses penyaluran bantuan dibuat mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jualan Makanan Amal Wishesland Kuching 2026 di Dewan Masyarakat MBKS, di sini, hari ini.

Nancy berkata, kementerian tidak dapat meluluskan permohonan yang tidak mematuhi prosedur, termasuk permohonan yang dikemukakan selepas sesuatu program selesai dilaksanakan.

Menurut beliau, setiap permohonan hendaklah dibuat lebih awal serta memenuhi syarat yang ditetapkan bagi membolehkan penilaian dilaksanakan secara teratur.

Beliau berkata, langkah memperketatkan prosedur itu bukan bertujuan menyukarkan NGO, sebaliknya bagi mengelakkan ketirisan serta penyalahgunaan dana oleh pihak yang tidak berdaftar.

“Apabila kita menggunakan peruntukan kerajaan, kita perlu mematuhi undang-undang dan membuat semakan terhadap NGO yang memohon. Ini penting bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Nancy berkata, cadangan pindaan berkaitan peraturan kutipan dana juga bertujuan memperkukuh tadbir urus NGO dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan dana kebajikan.

Beliau turut mengingatkan bahawa peruntukan kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan politik, malah permohonan menggunakan nama parti politik tidak akan dipertimbangkan.

Katanya, dana kerajaan hanya disalurkan kepada NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial demi manfaat masyarakat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Penggunaan bas elektrik sokong aspirasi Miri jadi bandar pintar rendah karbon
Next: Nancy sumbang RM30,000, Wishesland perkukuh sokongan kepada anak Palsi Serebrum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.