Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua pemandu ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan
  • JENAYAH

Dua pemandu ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Samarahan menjalankan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya dalam Op Mabuk di Jalan La Promenade, awal pagi ini.

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di Jalan La Promenade, awal pagi ini.

Operasi yang berlangsung dari 12.01 tengah malam hingga 3.00 pagi itu melibatkan seorang pegawai kanan polis bersama tujuh anggota trafik dan tujuh anggota daripada pelbagai cawangan.

SEORANG pemandu menjalani ujian pernafasan menggunakan alat pengesan alkohol sebagai sebahagian daripada prosedur Op Mabuk yang dijalankan BSPT IPD Kota Samarahan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 85 kenderaan dan 88 individu telah diperiksa.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan berkata, pemeriksaan menggunakan alat saringan awal alkohol jenis SD2+ telah dijalankan terhadap dua individu sebelum kedua-duanya disahkan positif memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30an dan 50an.

PEGAWAI trafik menjalankan ujian saringan awal alkohol terhadap seorang pemandu semasa Op Mabuk di Jalan La Promenade yang menyaksikan dua lelaki tempatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Alat SD2+ merupakan peranti saringan awal yang digunakan bagi mengesan kehadiran alkohol dalam badan pemandu secara pantas sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 serta tidak melebihi RM30,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun.

Dalam operasi sama, sebanyak 29 saman PDRM (K) 257 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Polis Marin Sarawak rampas barang kawalan bernilai RM17 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.