Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvensyen PBB Zon Betong dijangka himpun 2,400 peserta, persiapan diperkemas
  • Tengah
  • WILAYAH

Konvensyen PBB Zon Betong dijangka himpun 2,400 peserta, persiapan diperkemas

Utusan Sarawak 6 hours ago
MESYUARAT… Dato Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan sempena penganjuran Konvensyen PBB Zon Betong, semalam. Foto ADUN Kabong

BETONG: Persiapan bagi penganjuran Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos depan terus diperkemas menerusi penyelarasan menyeluruh melibatkan pelbagai jawatankuasa bagi memastikan acara berkenaan berjalan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata pelbagai aspek telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan sempena konvensyen tersebut yang dipengerusikannya di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam.

Beliau berkata, antara perkara yang diberikan perhatian termasuk pengurusan peserta, atur cara majlis, logistik, keselamatan, penyambutan tetamu kehormat serta penyelarasan tugas setiap jawatankuasa yang terlibat.

Menurutnya, konvensyen yang membawa tema “Jaga Sarawak, Intu Sarawak” itu dijadual berlangsung di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong dengan jangkaan kehadiran hampir 2,400 peserta dari seluruh Zon Betong.

Katanya, majlis berprestij itu dijangka disempurnakan oleh Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Chee Kadir berkata, mesyuarat tersebut turut menjadi platform memperincikan tindakan susulan yang perlu dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa supaya semua persiapan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Usaha ini penting bagi memastikan Konvensyen PBB Zon Betong 2026 berlangsung dengan jayanya, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan perjuangan parti demi kemajuan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 2 dijadualkan diadakan pada 10 Julai 2026 di lokasi yang sama bagi menilai perkembangan terkini persiapan menjelang penganjuran konvensyen tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 penternak sertai program pemerkasaan akuakultur di Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.