Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih Sepanyol mahu lebih peningkatan selepas kemenangan dengan Austria
  • SUKAN

Jurulatih Sepanyol mahu lebih peningkatan selepas kemenangan dengan Austria

Utusan Sarawak 5 hours ago
LUIS de la Fuente berpuas hati dengan kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Austria, namun menegaskan La Roja perlu terus meningkatkan prestasi menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

LOS ANGELES: Ketua jurulatih Luis de la Fuente menyifatkan kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Austria pada Khamis sebagai hampir sempurna namun memberi amaran cabaran lebih sukar menanti ketika La Roja memburu gelaran Piala Dunia kedua, lapor Xinhua.

Mikel Oyarzabal menjaringkan dua gol selain gol antarabangsa pertama Pedro Porro untuk Sepanyol mara ke pusingan 16 di Stadium Los Angeles.

“Pasukan besar muncul apabila kehadiran mereka diperlukan,” kata De la Fuente. “Saya rasa hari ini kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat. Saya gembira kerana dalam semua aspek kami hampir sempurna, tetapi kami perlu terus meningkat. Setiap perlawanan sekarang akan menjadi sangat sukar.”

Sepanyol akan bertemu pemenang perlawanan antara Portugal dan Croatia untuk tempat ke suku akhir.

Meskipun memuji prestasi pasukannya menentang Austria, De la Fuente berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Dalam pusingan 16 terakhir, lawan kini lebih mencabar. Anda sentiasa boleh menambah baik dan selain itu, itulah yang dituntut oleh pasukan ini. Para pemain ini sentiasa mahukan lebih lagi. [Oyarzabal] menunjukkan potensi bola sepak yang dia miliki, dan rakan sepasukannya yang lain juga sama. Mereka bermain perlawanan yang luar biasa.” – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: “Menginspirasikan jutaan peminat”, Modric dipuji ketika karier Piala Dunia hampir berakhir
Next: Switzerland menewaskan Algeria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.