Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sambut baik hasrat tambah bayaran interim khas, faham kekangan kewangan Persekutuan
  • TEMPATAN

Sarawak sambut baik hasrat tambah bayaran interim khas, faham kekangan kewangan Persekutuan

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Western Digital 2 Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menambah bayaran interim khas kepada negeri ini di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, namun menjelaskan perbincangan terperinci mengenainya masih belum diadakan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyentuh perkara itu ketika pertemuan mereka di Bintulu sebelum ini, namun belum memperincikan jumlah tambahan yang bakal diberikan.

“Belum lagi dia bincang secara terperinci, belum. Tetapi waktu kita berjumpa di Bintulu, dia ada menyentuhlah katanya dia akan melihat untuk menambahkan peruntukan tersebut.

“Saya diam sajalah. ‘terima kasih,’ kata saya. Kerana dia tidak menyebut berapa. Jadi kita diam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Western Digital 2 Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat dua hari lepas bahawa Sarawak layak menerima bayaran interim khas seperti yang dinikmati Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, proses rundingan mengenai pemberian bayaran interim khas kepada Sarawak sedang diteruskan bersama kerajaan negeri dan dijangka diluluskan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri turut mengakui jumlah bayaran berkenaan wajar dipertingkatkan selaras dengan semangat MA63.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata sebarang rundingan lanjut dijangka akan dilaksanakan antara Kementerian Kewangan dan pegawai berkaitan kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Mungkin Kementerian Kewangan akan berbincang lagi. Kerana ini adalah daripada mereka. Saya bagi pihak Sarawak, apa diberi kita sambutlah,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan Sarawak mengambil pendekatan memahami kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dan tidak mahu dilihat terlalu mendesak dalam tuntutan geran khas.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Persekutuan mempunyai kemampuan kewangan, tambahan peruntukan wajar dikongsi dengan Sarawak, namun jika berdepan kekangan, kerajaan negeri juga bersedia bertolak ansur demi semangat perkongsian dalam Persekutuan Malaysia.

“Kalau mereka ada duit, mengapa tidak mereka kongsi? Tetapi kalau mereka menghadapi kesukaran kewangan, kita juga memahami keadaan itu.

“Kita tidak juga hendak meminta-minta sehingga dilihat tamak. Orang Sarawak tidak tamak. Itulah semangat perkongsian yang kita amalkan,” katanya.

Abang Johari turut memaklumkan beliau telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan insentif cukai bagi menggalakkan pembangunan industri baharu berasaskan teknologi hijau, termasuk penggunaan hidrogen serta syarikat yang memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Katanya, insentif sedemikian mampu menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke negeri ini sekali gus memperkukuh agenda peralihan kepada ekonomi rendah karbon.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembangkang dulu perkecil usaha GPS kini ‘terliur’ lihat kejayaan projek mega Sarawak
Next: Kerajaan Sarawak percepat penyukatan tanah NCR demi lindungi hak pemilik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.