Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Marudi bertindak pantas musnah sarang serangga berbisa
  • Utara
  • WILAYAH

APM Marudi bertindak pantas musnah sarang serangga berbisa

Utusan Sarawak 9 hours ago
SKUAD Bravo berjaya memusnahkan sarang serangga di atas pokok berhampiran Waterfront Marudi. Foto APM Marudi.

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan pada 7.00 petang semalam daripada orang awam yang memohon bantuan bagi memusnahkan sarang serangga yang terdapat pada sebatang pokok berhampiran kawasan Waterfront Marudi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata sebaik menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Skuad Bravo telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari PKOD.

Setibanya di lokasi, Skuad Bravo berjumpa dengan pengadu, Eleena Bakri bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan sarang serangga berkenaan.

Selepas lokasi dikenal pasti, pasukan tersebut melaksanakan operasi pemusnahan dan berjaya memusnahkan sarang serangga jenis penyengat. Operasi dijalankan dengan kaedah pembakaran sarang serta penggunaan semburan racun serangga Ridsect.

Skuad Bravo kemudian beredar dan kembali ke PKOD selepas selesai menjalankan operasi pada 7.49 petang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM Bintulu mohon ibu kandung, waris tampil bantu urusan kebajikan dua kanak-kanak
Next: Unifor salur RM1 juta bina dua gereja BEM di Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.