Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Buduk Balud FC tawan Kejohanan Veteran Lun Bawang
  • SUKAN

Buduk Balud FC tawan Kejohanan Veteran Lun Bawang

Utusan Sarawak 5 hours ago
BUDUK Balud FC meraikan kejayaan penuh bermakna selepas dinobatkan sebagai johan kategori veteran Kejohanan Bola Sepak Persatuan Lun Bawang Sarawak.

LAWAS: Pertandingan bola sepak kategori veteran anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) bagi 2026 melabuhkan tirai dengan gelaran johan disandang oleh Buduk Balud FC, diikuti SVFT sebagai naib johan dan Dayeh FC di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Bolasepak sempena Irau Aco Lun Bawang 2026, Puan Elizebeth dan Encik Jeremy.

Pertandingan kategori veteran kali ini turut mendapat sambutan dengan kehadiran beberapa pemain terkenal tempatan seperti Mafry Balang, bekas pemain Sabah dan Skuad Bujang Senang Sarawak, serta bekas kapten Sabah, Julius Ating yang mempunyai reputasi tinggi dalam bola sepak kebangsaan.

SVFT FC muncul sebagai naib johan kategori veteran Kejohanan Bola Sepak Persatuan Lun Bawang Sarawak.

Sementara itu, pengurus pasukan Buduk Balud FC, Roland Musa berkata kunci kejayaan pasukannya ialah kerjasama erat dalam kalangan pemain serta kegigihan untuk meraih kejuaraan.

Beliau berharap agar penganjuran pertandingan bola sepak veteran ini dapat diteruskan dengan lebih giat pada masa hadapan bagi mengeratkan silaturahim, mengimbau kenangan bersama pemain lama serta menjadi contoh kepada generasi muda untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif tanpa mengira usia.

Pada tahun ini, sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan kategori veteran yang berlangsung dari 2 hingga 4 Julai.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Antarabangsa Rimbun Sematan 2026: Sasaran 2,000 peserta, hadiah utama Proton e.MAS 5 menanti
Next: Tiada Williams atau Pino, kecergasan Yamal bakar semangat Sepanyol menjelang aksi lawan Austria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.