Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sematan berpotensi muncul hab sukan pelayaran negeri
  • TEMPATAN

Sematan berpotensi muncul hab sukan pelayaran negeri

Utusan Sarawak 3 hours ago
AZIZUL pada sidang media Larian Antarabangsa Rimbun Sematan 2026 di Pusat Khidmat Tanjong Datu, hari ini.

PETRA JAYA: Keistimewaan geografi yang dimiliki kawasan Lundu dan Sematan kini dilihat sebagai aset berharga bagi meletakkan daerah tersebut sebagai pusat tumpuan baharu bagi sukan pelayaran di Sarawak pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, menjelaskan bahawa potensi tersebut sedang diperhalusi melalui perbincangan awal bersama pihak berkepentingan, termasuk Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Menurut beliau, lokasi strategik seperti Kuala Sematan dan Kampung Pugu dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai akses terus ke laut serta pesisir pantai landai yang memenuhi kriteria bagi aktiviti sukan air tersebut.

“Dari aspek keadaan pantai yang landai, ia sangat sesuai untuk pembangunan sukan pelayaran,” katanya ketika ditemui pada sidang media Larian Antarabangsa Rimbun Sematan 2026 di Pusat Khidmat Tanjong Datu, hari ini.

Tambah Azizul, kelebihan semula jadi kawasan Sematan-Lundu yang menawarkan keadaan laut yang tenang serta laluan darat yang kondusif menjadikan lokasi berkenaan pilihan utama bagi penganjuran sukan lasak bertaraf negeri mahupun antarabangsa.

Langkah ini selari dengan agenda kerajaan negeri untuk merancakkan lagi pembangunan sukan berasaskan komuniti, sekali gus memberi nilai tambah kepada ekonomi penduduk setempat melalui penganjuran acara besar-besaran.

Sebagai rekod, keupayaan kawasan ini dalam mengendalikan acara sukan air telah terbukti dengan kejayaan penganjuran Borneo 100 Triathlon yang menarik penyertaan lebih 700 peserta sebelum ini.

Bagaimanapun, Azizul menegaskan bahawa buat masa ini, cadangan tersebut masih di peringkat kajian teknikal yang lebih mendalam sebelum sebarang keputusan pelaksanaan dibuat bagi memastikan ia selari dengan perancangan pembangunan sukan negeri.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan digesa semak segera Geran Khas Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.